↪ MENANGALKAN SEL KULIT MATI
Campuran serbuk kopi dengan sesudu gula beserta beberapa titis minyak zaitun boleh membantu menanggalkan sel-sel kulit mati yang ada di wajah. Caranya mudah sahaja, campurkan pembersih muka dengan serbuk scrub kopi kemudian sentalkan campuran ini di wajah ketika mandi kemudian bilas dengan air bersih selepas beberapa minit. Teknik ini akan membantu wajah menjadi lebih bersinar dan mengekalkan kelembapan.
 
↪ RAMBUT BERKILAU
Ketika keramas, campurkan serbuk kopi ke dalam syampu yang biasa digunakan. Kemudian urut lembut di kawasan kulit kepala agar peredaran darah berjalan dengan lancar. Campuran ini bukan sahaja dapat membuatkan rambut menjadi berkilat, ia juga dapat membantu menghaluskan setiap helaian rambut di kepala.
 
↪ ATASI MASALAH BIBIR PECAH
Satu lagi manfaat dari serbuk kopi adalah ia dapat membantu mengekalkan kelembapan bibir dan mengatasi masalah bibir pecah kerana kekeringan. Cara ini juga akan membuatkan bibir menjadi kemerahan secara alami serta melembutkan tekstur kulit di kawasan bibir.

~InfoSihat