Saturday, December 13, 2014

AWAS! SAKIT DADA PETANDA SERANGAN JANTUNG!

Pagi tadi seluruh warga SGGS digemparkan dgn kematian rakan kami...Pn Pritam akibat serangan jantung! Pn Pritam guru senior PJK di SGGS....ternyata serangan jantung tidak mengenal siapa..RIP Pn Pritam....jom saya kongsikan info berkaitan Serangan Jantung....moga bermanfaat buat semua....

Apabila angina pectoris muncul, pesakit dada mula mengalami sakit dada. Selain itu dadanya akan berasa berat dan mencengkam sehinggakan adakalanya dia sukar untuk bernafas. Lazimnya ia dihadapi oleh kebanyakan lelaki dan wanita yang melepasi usia 40 tahun. Bagaimanapun, bagi wanita ia lebih cenderung terjadi di kalangan wanita menopaus.

Menurut Dr. Rahman, antara golongan yang berisiko tinggi adalah mereka yang menghadapi masalahkegemukan, kencing manis, darah tinggi, perokok dan memiliki paras kolestrol da asid urik yang tinggi. Selain itu, individu yang mempunyai sejarah keluarga adadiserang masalah jantungturut berisiko tinggi.

“Bagi orang yang berisiko tinggi ini,pertama kali sakit dadadan dia rasasakit itu lain macam, pergilah buat pemeriksaan doctor. Bagi orang yang tidak berisiko un, dia juga masih boleh mengalaminya. Cuma, kemungkinannya adalah lebih rendah,” tokok Dr. Rahman. Ceritanya lagi, kanak-kanak juga tidak terkecuali dari serangannya. Hurai beliau lebih lanjut, angina pectoris boleh berlaku apabila saluran darahmenyempit disebabkan oleh mendakankolestrol pada dinding jantung yang dikenali sebagai arteriosclerosis.

Antara factor yang boleh meningkatkan risiko terhadap ateriosklerosis ataupun sluran darah tersumbat ialah umur dan keturunan.

“Bagi orang yang umurnya meningkat lebih daripada 40 tahun, risiko salurandarah tersumbat itu meningkat. Selain itu, lelaki lebih kerap mengalamisaluran darah sumbat berbanding wanita. Tetapi, bagi wanita yang putus haid, kekerapannya adalah sama dengan lelaki. Kalau ada ahli keluarga yang mengalami serangan jantung, risikonya untuk dia turutmengalami serangan jantung juga meningkat. Ini semua adalah factor yang kita tidak boleh ubah,” hurai Dr. Rahman.

Tambahnya, penghidap diabetes lebih berisiko kerana kencing manis boleh menyebabkan fungsi saluran darahnya menjadi tidak normal. Pada masa yang sama, kemungkinan untuk peningkatan kolestrol pada individu terbabit juga ada selain cenderung untukmenghidap darah tinggi. Tegas beliau, dinding salur darah tinggi mudah menebal menyebabkan ia tidak begitu menampung tekanan. Selain itu, ia juga boleh merekah. Akibatnya berlaku mendakan lemak padanya. Salur darah turuttersumbat apabila ada kolestrol dan platlet duduk di situ.

“Angina pectoris juga ada peningkatnya. Ada yang dating masa dia sedang buat aktiviti berat. Ada juga yang dating semasa aktiviti sederhana berat. Malah, ada yang dating semasa aktivitiringan atau waktu sedang berehat. Jadi ia berperingkat-peringkat. Tetepi bila, ia berlaku semasa melakukan aktiviti ringan atau berehat, ini kita panggil sebagai angina tidak stabil,” terang Dr. Rahman lebih lanjut. Bagi angina stabil,mendakan kolestrol pada dinding salur darah stabil dan berselaput walaupunsaluran darah itu tersumbat.

“Angina tidak stabil pula berlaku apabila mendakan itu tidak ada dindingatau dinding yang ada sudah pecah atau merekah. Jadi, kolestrol baru yang semuanya dating dan duduk di situ menyebabkan ia menjadi tersumbat dalam kadar yang cepat. Ia mungkin bolehmenutup semua atau hampir semua. Ini menyebabkan apabila dia jalan walau sedikit pun dah mula rasa sakit,” beritahu beliau. Jelasnya, angina tidak stabil boleh pergi ke peringkat ketiga iaitu serangan jantung apabila saluran darah tertutup sepenuhnya sekaligus hingga darah gagal mengalir ke otot jantung. Akibatnya dinding otot jantung mengalami kematian.
Mencegah adalah jauh lebih baik berbanding merawat. Lantaran itu, tegas Dr. Rahman, adalah pentingbagi setiap individu bagi mengambil langkah pencegahan sebelum dia diserang angina pectoris. Untuk orang yang berisiko, dia perlu menjaga dan melakukan senaman.

Manakala bagi yang sudah pun memiliki tanda-tanda salur darah menyempit, doctor akan memberikan ubat untuk mengembangkannya semula. Selain itu, ubat untuk mengurangkan kadar degupan jantung, kolestrol, gula dan darah tinggimungkin turut duberikan bergantung kepadapenyakit yang menyebabkannya.disamping itu, doctor jugaakan memberikan ubat untuk mencairkan darah agar ia tidak mudah beku.

“Kita juga boleh mengurangkan kekerapan serangan dengan mengawal factor risiko saluran darah tersumbat supaya pesakit boleh menjalaniaktiviti harian seperti biasa. Tetapi, salur darahnya masih lagi berisiko untuk tersumbat balik kemudian hari selagiia tidak kawal factor risikonya,” terang Dr. Rahman. Tambahnya, pembedahan untuk membuat lencongan pada salur darah yang tersumbat juga boleh dilakukan. Walau bagaimanapun, jika semua factor risiko tidak dapat dikawal, ia masih boleh tersumbat semula meskipun telah dilencongkan.

Set Kesihatan Jantung Shaklee : CoQ Health + Omega + Phytocol-ST.

#Jomsihat

Thursday, December 11, 2014

Bilakah Waktu Pengambilan Vitamin Yang Sesuai??

Bilakah Waktu Pengambilan Vitamin Yang Sesuai??

Semalam...saya terima pertanyaan tentang cara pengambilan Omega guard....kata customer tu Penjual suruh makan omega malam....saya cuba guide ikut pengalaman dan pengetahuan saya....

Hah!...panjang leborr kat bawah nie....hihihi....nie bukan saya kata....nie hasil kajian.....jap lagi baca ye....

Sbb tu saya sarankan omega makan waktu siang....

Udah makan malam!...nak control selera makan ape nyee......

mmg x kurus2 ler....sbb tu agaknya ramai yg kata mkn omega x berkesan!

konsepnye senang je....makan omega sebelum workout! Workout tu ape? Workout tu senaman...ataupun buat keje....tak kira le buat keje apepun...janji kita nak bakor lemak dan kawal selera makan! Nak berpeluh....
so lepas nie jgn salah makan lagi ye.....;-)





''Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them.''

Macam mana fatty acid boleh bakar lemak ye?

Omega-3 fats

Omega-3 fats help you burn fat by helping your body respond better to a hormone called Leptin (Leptin is the Greek word for thin)

Leptin tells your body (your brain) to suppress your appetite making you eat less so you can maintain or lose weight

Leptin increases your metabolism by increasing your thyroid output (your thyroid regulates your metabolism)

Leptin also causes your body to burn fat for energy so

If your body isn't responding well to Leptin then the reverse happens - You'll be hungrier, and you'll store more fat so… You can take Omega-3 fats to help your body respond much better to Leptin so you can increase your fat-burning metabolism and…

Omega-3 fats are found in salmon, flaxseeds, nuts, Omega-3 supplements and these other 79 foods sources of Omega-3 fats and…

3 more ways Omega-3 fats help you lose weight is…

Omega-3 fats help you control your hunger by stabilizing your blood sugar levels An Australian study showed that when people took Omega-3 fats while on an exercise program burned more fat than people who Only Exercised (without taking Omega-3 fats) and people who exercised & took other types of fat and…Studies done in Japan & The Czech republic suggest that Omega-3 fats prevent the creation of ugly body fat and these same studies suggested Omega-3 fats promote more fat burning. http://www.nowloss.com/good-fats-that-burn-fat-help-you-lose-weight.ht

Tahukah anda kalau ambil semua vitamin sekaligus kesannya juga berbeza if kita ikut jadual yg disarankan....ini kerana kadar penyerapannya berbeza....

Jom kita lihat jadual yg disarankan....

Secara asasnya :

Vitamin larut air ( B & C) : seeloknya diambil bersama segelas air.

Vitamin larut lemak ( A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak utk memudahkan penyerapan. Seeloknya diambil selepas anda makan makanan berlemak/minyak.

Ostematrix : Seeloknya diambil bersama segelas susu sebelum tidur.

Berikut adalah jadual asas pengambilan vitamin :

Sebelum breakfirst : ESP

Selepas breakfirst : Vita B complex, Vita C, Vitalea

Selepas lunch : Lecithin, omega, alfalfa,

Selepas dinner : Omega, vita e, lecithin, GLA

Sebelum tido : Ostematrix, Vivix, herblax

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

4. JANGAN Mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana ianya mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien!

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Jadual nie flesible ye.....boleh ubah suai ikut keperluan masing2....nasihat saya jgn mkn sekaligus semua....dan yg paling penting minum air kosong 2-3liter sehari....Insyaallah badan anda rasa lebih sihat.....

Nak share cara anda makan vitamin anda???





Jom sms/wa saya azie 0194364480....;-)

#Jomsihat

Friday, December 5, 2014

KEKALKAN KEJANTANAN ANDA!

Produk Membesarkan Zakar : Berkesan @ Tidak??

Tidak perlu rasa segan kerana carian Google mengenai topik ini di internet agak popular. DENGAN 4.28 JUTA CARIAN, pil, serbuk dan pam disebut srbagai mampu membesarkan kelelakian.

Persoalannya adakah ia berkesan atau psikologi semata-mata?

Jawapan ringkas : TIDAK! Ia TIDAK BERKESAN! Jawapan yang agak kurang ringkas : Sehingga kini tiada krim, pil atau apa saja bahan semulajadi yg manpu membesarkannya!

~info majalah i-sihat

Berhenti mencari produk besarkan alat anda! Sebaliknya amalkan gaya hidup sihat!

Mari kita lihat apa yg ada dlm set pria perkasa shaklee! ;-)

OmegaGuard

Melindungi Jantung Anda

OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dnegan spectrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memeliharan tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi , omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Minyak Ikan Terbaik di Dunia

OmegaGuad mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 990mg asid lemak omega-3.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan propietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Vita-E Complex

Vitamin E semulajadi untuk kesihatan Jantung, Otak, Kolon, Prostat dan Sistem Imun

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi imun pada warga tua.

Satu kapsul gel lembut membekalkan :

400 IU sumber asli vitamin E

65 mcg selenium sebagai pelengkap aktiviti vitamin E

39.4 mg Ekstrak Biji Anggur (Vitis vinifera)

Zinc Complex

Metabolik Semulajadi

Zink hadir di dalam semua sel tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia. Ia perlu untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan.

Satu tablet membekalkan 100% Nilai Harian bagi zink

Dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang

Dengan formula berasaskan sayur-sayuran

Zink Dapat Mengingkatkan Daya Ingatan dan Tempoh Penumpuan

Berdasarkan penyelidikan awal yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Grand Forks, Jabatan Pertanian Amerika di Utara Dakota, menambahkan suplemen zink ke dalam diet pelajar dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh tumpuan pelajar. Dalam kajian tersebut, kanak-kanak yang diberi zink sebanyak 20mg dalam lima hari seminggu selama 10 hingga 12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan tempoh penumpuan yang lebih panjang berbanding dengan mereka yang tidak menerima suplemen zink.

Berminat utk dapatkan set kesihatan lelaki SILA SMS/WA 0108100460 AZIE UTK DISKAUN.

Wednesday, December 3, 2014

8 Punca Metabolisme Berkurang!

8 Punca Metabolisme Tubuh Berkurangan

Ramai yang tidak sedar bahawa diet yang salah boleh menyebabkan kadar metabolisme tubuh menurun dan membuatkan program diet gagal dijayakan. Pengurangan kalori secara mendadak boleh menyebabkan metabolisme semakin lemah dan tubuh sukar untuk menjalankan proses pembakaran lemak dengan sebaiknya.

Biarpun anda berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh masa yang singkat, namun ia terus menjadi statik dan kemungkinan akan kembali meningkat dalam tempoh tertentu. Terdapat pelbagai kesalahan yang sering anda lakukan ketika berdiet yang boleh memperlahankan kadar metabolisme tubuh. Antaranya:-

KURANG MAKAN
Makanan penting bagi membakar kalori. Pengambilan makanan secara salah boleh memberi kesan buruk pada tubuh. Jika tubuh kekurangan bahan bakar untuk menjalankan fungsinya (sekitar 1200 kalori bagi wanita dan 1800 kalori bagi lelaki), tubuh akan menekan metabolisme. Ini akan menyebabkan pemecahan jaringan otot yang diperlukan tubuh untuk membakar kalori. Tidak perlu mengambil makanan yang banyak, cukuplah sekitar 430 kalori per waktu makan dan diselangi dengan 150 kalori kudapan untuk memastikan metabolisme tubuh berfungsi dengan sempurna.

MENGHINDARI KAFEIN
Kafein dianggap sesuatuyang membahayakan tubuh. Namun, kafein yang terdapat dalam kopi misalnya, boleh meningkatkan metabolisme sekitar 174 kalori per hari. Manakala, satu kajian yang dijalankan di Jepun menunjukkan, secawan teh hijau dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 12 peratus. Para penyelidik percaya, zat antioksidan yang terkandung dalam teh dapat mempercepatkan metabolisme.

MENGURANGKAN PENGAMBILAN SERAT
Tidak menggemari sayuran dan buah-buahan merupakan punca metabolisme tubuh menjadi lemah. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan tingkatkan pengambilan serat seperti roti gandum, pasta dan buah-buahan serta sayuran. kajian menunjukkan, penambahan serat boleh meningkatkan pembakaran lemak sehingga 30 peratus. Wanita yang banyak mengambil serat berupaya memperlahankan kenaikan berat badan ketika usia mulai meningkat.

KURANG MINUM AIR PUTIH
Gemar menikmati air berperisa berbanding air putih? Jika ini tabiat anda, cuba hentikan. Kajian dari Jerman menunjukkan individu yang minum sekurang-kurangnya enam gelas air putih (sekitar 1.4 liter) per hari, boleh meningkatkan metabolisme dan membakar sekitar 2.5 kilogram per tahun.

KURANG PROTEIN
Tubuh memerlukan protein bagi pembentukan otot selain bertindak sebagai molekul penting dalam proses metabolisme. tambahkan sekitar tiga auns daging bebas lemak, dua senduk makan kacang atau lapan auns yogurt rendah lemak ke dalam makanan seharian anda. Kajian membuktikan protein boleh membantu membakar kalori sekitar 35 peratus.

KURANGKAN SUMBER ZAT BESI
Makanan yang kaya dengan zat besi mampu menyebarkan oksigen ke otot. Oksigen sememangnya diperlukan untuk proses pembakaran lemak. Setiap bulan wanita akan kehilangan zat besinya sehinggalah mencapai menopaus. Jika tidak mengambil makanan yang mengandungi zat besi seperti kerang, daging tanpa lemak, bayam dan kekacang, tubuh boleh kehilangan tenaga dan menurunkan kadar metabolisme.

KURANG SUMBER VITAMIN PENTING
Vitamin D penting untuk menjaga jaringan otot untuk bekerja. Kita jarang mengambil makanan yang mengandungi vitamin D padahal tubuh memerlukan sekitar 400 IU per hari. Vitamin D boleh didapati dalam tauhu, susu yang diperkaya dengan vitamin D, salmon dan telur.

KURANG AMBIL SUSU
Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kadar metabolisme tubuh menurun. Terdapat kajian yang menunjukkan, pengambilan kalsium daripada susu tanpa lemak atau yogurt rendah lemak mampu mengurangkan penyerapan lemak daripada makanan lain.

Selamat beramal...gaya hidup sihat dan aktif! ;-)

#Jomsihat

Monday, November 10, 2014

JANGAN AMBIL RINGAN DGN KOLESTROL!


Bagaimana Pembentukan Plak Ini Menyebabkan Bahaya?

Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian.


Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok.

Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.

Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh.

Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

Saya baru je kena masa raya haji haritu...BP tiba2 naik....170/
90....huhu....kena hati2 skrang walaupun kita takde history tekanan darah tinggi....ajal maut di tangan Tuhan...tetapi...mencegah itu lbh baik dari mengubati....

Friday, October 31, 2014

6 JENIS BUAH UTK KURUS!

Kebiasaannya, orang ramai menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut setelah selesai menjamah makanan berat setiap hari tidak kira untuk santapan tengah hari atau pun makan malam. Sudah menjadi tradisi untuk mengikut amalan budaya barat, buah-buahan akan melengkapkan amalan pemakanan setiap masa.

Dalam majlis-majlis tertentu, selalunya buah dihidangkan di waktu terakhir sebagai pencuci mulut dan ini adalah budaya barat yang bertentangan dengan amalan Rasullullah S.A.W yang mengambil buah sebelum memakan makanan berat.


Pernahkan anda berasa mengantuk selepas menjamah nasi di waktu makan tengah hari?
Ini adalah kerana asid amino, L-tryptophan yang ada di dalam perut yang menjadi dasar terbentuknya vitamin B lain iaitu Niacin yang digunakan untuk menghasilkan serotonin. Zat serotonin akan menghantar signal ke otak kita seterusnya akan mewujudkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita merasa mengantuk.


Jadi, sudah tentu selepas menjamah nasi atau makanan berat, kita akan mengantuk dan ingin tidur. Khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat meningkatkan kadar insulin dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum makan nasi dapat mengelakkan pankreas dalam badan kita berkerja terlalu kuat untuk menghasilkan insulin.

Selain itu, kajian juga membuktikan memakan buah-buahan dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit. Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.


Seperti buah epal, jika dikupas kulitnya dan dibiarkan seketika, buah epal itu akan berubah warna dan akan menjadi busuk jika tidak diusik. Keadaan itu sama juga digambarkan seperti perut kita.


Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja kuat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam untuk diproses. Sekiranya buah-buahan dimakan selepas menjamah nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.


Jadi, eloklah kiranya kira menukar tabiat pemakanan kita dengan meletakkan buah-buahan hidangan awal sebelum kita menjamah makanan berat.


Antara buah-buah yang dicadangkan untuk diambil sebelum makan ialah :

Buah Limau - mempunyai serat yg paling tinggi utk mengurangkan selera makan.

Buah Tembikai - 92% kandungan buah tembikai adalah AIR. Sgt elok makan byk2 buah tembikai sebelum mkn nasi....supaya kita tak tambah berpinggan...:-)

Grapefruit - dikatakan mempunyai kandungan asam yang dapat menyingkirkan kalori lemak dalam makanan yang kita ambil.

Berry - strawberry, blueberry, rasberry dan adik-beradik berry yg lain adalah buah yang kata dgn antioksidan yang dapat mengimbang metabolisme tubuh badan.

Anggur - juga mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi utk mencegah pembentukan lemak di peyut. pastinya VIVIX SHAKLEE PLIHAN SAYA SBB DIHASILKAN DARI ANGGUR....;-)

Epal - dikatakan berat badan mampu diturunkan sehingga 33% bagi pengemar2 epal terutamanya epal hjau!

walau apapun...semua ini tidak akan membantu diet anda jika anda MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN!



JOM TUKAR!

MULAKAN DENGAN MAKAN BUAH SEBELUM MENGAMBIL MAKANAN BERAT!..;-)

KITA ADALAH APA YG KITA MAKAN.....;-)

#Jomsihat

AWAS! BAHAYA SET SLIMMING



 
Dulu..saya juga tidak terkecuali suka cuba mcm2 produk kurus...pantang ada yg baru kluar kat pasaran...mesti ade keinginan nak cuba...jusmate5..rx-lite..shape plus...antara produk2 pelangsingan hots yg saya pernah guna....

Semua
nie harga lbh rm100 utk kegunaan sebulan...bila mkn...memang ada penurunan skit...tp bila stop..berat mula naik...dgn harga yg agak tinggi...agak susah saya nak mantain guna tiap2 bulan...ye la saya ada anak2 kecil yg perlukan perbelanjaan susu..pampers dan lain2...budget pun ciput je nak guna utk diri sendiri...hihihi

Lepas saya stop guna segala produk nie...saya mula kenal atkins diet dari pencarian encik google....maka bermulalah episod ber'atkins'...alhamdulillah. ..berjaya turun 5kg dlm masa 2 bulan...wow! Bangga dah tu sbb mkn produk pun takde la turun sampai camtu....

Tapi lepas tu saya disahkan pragnant...hihihi...dah kurus subur le plak! Maka misi berdiet atkins terpaksa ditangguhkan....

Masa pragnant nilah saya kenal dgn shaklee...ambil set hamil...alhamdulillah takda masalah sepanjang pragnant...saya continue dgn set berpantang....rasa serasi dgn shaklee...selepas 2 tahun jadi pengguna shaklee barulah saya daftar sebagai ahli utk kongsi apa yg saya dah dpt dgn shaklee....

Pesanan saya...sblum kita memilih apa2 produk...pastikan kita semak maklumat terutamanya tentang kelulusan KKM....agak terkilan juga bila dpt tahu...produk yg saya pernah guna..shape plus...adalah produk terlarang....tp saya pun guna 1 kotak je masa tu...moga Allah pelihara kesihatan saya....:-)


#Jomsihat

Saturday, October 25, 2014

Nak GEMUK??? Jom makan!


10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA.

Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.

Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak)
lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya! ;-)

Jomsihat!

Thursday, October 23, 2014

YA ALLAH, LANCARKAN SEMUA URUSAN KAMI


YA ALLAH, LANCARKAN SEMUA URUSAN KAMI

Ya Allah, sempena tibanya awal Muharram ni, jadikanlah hari ini dan
hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang
telah kami lalui.

Ya Allah, bukakanlah, bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan
berusaha, dalam beribadah dan beramal; semangat hidup kami hari ini dan
hari-hari selanjutnya ...

Ya Allah, kurnialah keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian,
ketenteraman, dan kesejahteraan bagi kami hari ini dan hari-hari
selanjutnya..

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki Mu untuk kami hari ini
dan hari-hari selanjutnya..

Ya Allah, ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik saja
bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya..

Ya Allah, perlihatkanlah, perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian²,
berita² dan pengalaman² yang menggembirakan dan menyenangkan saja kepada
kami hari ini dan hari-hari selanjutnya..

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan
apapun..

Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa² kami...amin ya rabbal allamin....


SALAM MAAL HIJRAH...

BAHAYA Gemuk Angin...Selalu kentut....BOOM! BOOM!

[ANDA GEMUK..ANDA GEMUK!]
==========================

Berat badan terus naik...naik....dan naikkkk!

Ohh...Kenali Jenis-Jenis Gemuk !

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan. Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu : Jom kita kongsi ilmu...

1) Gemuk Air : Badan mengelambir & lembik disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Gemuk air ni kebanyakannya di alami oleh anak dara baru kahwin atau baru lepas bersalin. So tak susah sangatlah berat nak turun. Sebab lemak pun masih setahun jagung gitu...

2) Gemuk Angin : Ala-ala gemuk air sebab badan pun lembik-lembik jugak. Tapi sebab angin banyak dalam badan so jadi kerap sendawa, perut terasa sebu, mudah pening kepala & sering kentut BOOM!BOOM! (Agak bahaya sikit bagi orang yang duduk berdekatan ;p )..

3) Gemuk Daging : Badan berasa berat & pejal. Biasanya gemuk daging terjadi disebabkan masalah kegemukan telah lama terjadi contohnya dari kecil lagi badan sudah tembam.. Proses penurunan agak payah kerana lemak sudah bergumpal dengan daging.

Cuba picit badan anda & anda kategorikan sendiri..

Tetapi semua masalah ini dapat diatasi dengan mengamalkan set slimming shaklee...semua lemak-lemak yang degil dapat disingkirkan dengan mudah dan sihat ... yang paling penting tidak perlu berlapar.......



DAN YANG PALING2 PENTING....KELULUSAN KKM....mesti utamakan yg ini dulu ye sebelum ambil apa2 produk....;-)

LECITHIN -MAL#12015012NC
HERB-LAX-MAL10080110TC

INGIN DAPATKAN SET SLIMMING BUDGET????

019-4364480 Azie
JANA INCOME BERSAMA KAMI....:-)


Wednesday, October 22, 2014

Eeeeee....Perut Buncit!

Mesti ramai antara korang yang perut buncit kan !

Perut den pun kadang kala buncit gak ... macam selalu jer ... hahahaaaa tapi den tau camna nak kempiskannya ...

1. Setiap pagi selepas bangun tidur dan malam sebelum masuk tidur , den pastikan den akan lakukan senaman dulu . Senang jer . Den tak tau lah ikut istilah fitness nama senaman ni apa ...

BARING
BENGKOKKAN KAKI
LETAK KEDUA TANGAN DI BAWAH TENGKUK
ANGKAT BADAN HINGGA KE LUTUT
LAKUKAN 30x SETIAP SESI ( KALAU TAK LARAT 10x PUN BOLEH )
Kesannya korang akan rasa / senang nak buang najis . Bila dak kuar isi perut tuh , memang la perut kempis kan ! Kalau korang buat setiap hari , insya Allah korang akan buang najis setiap hari .

2. Bila korang nak pi mana - mana majlis , mesti korang segan kan dengan perut yang buncit . Apa yang den biasa buat ialah 2 hari sebelum majlis tu , den cuma makan 2 keping roti / beberapa keping biskut jer setiap kali makan . Hasilnya memang perut den kempis .

3. Bagi orang perempuan , rajinkanlah pakai bengkung moden / korset . Bila perut korang kecil , makan sikit jer pun dah kenyang.

4. Korang juga boleh pakai seluar jin kat perut . So bahagian perut akan rasa ketat . Jadi korang makan pun sikit jer .

5. Korang juga boleh makan sekadar oat dan minum malt coklat .

6. Makan lebih banyak buah pada hidangan utama . Buah adalah makanan mudah hadam .Bila dah banyak makan buah , confirm korang dah tak larat nak makan lagi ... heheheee

7. Nak makan sup tulang tapi takut banyak lemak . So , sebelum hirup sup tuh , perahkan limau dah gaul sebati . Walaupun masam , tapi rasanya tetap sedap .

8. Minum air teh limau setiap kali lepas makan .

9. Jangan minum semasa makan sebab boleh sebabkan perut buncit . Minumlah sejam sebelum / sesudah makan .

10.Untuk bakar lemak perut yang sudah sedia buncit

ambil kapur sirih + air limau nipis = sapukan pada perut dan balutkan dengan bengkung . Untuk membakar lemak di perut . Buat selalu . Insya Allah perut akan kempis .
Ambil asam jawa + segelas air . Embunkan semalaman . Masukkan sesudu madu untuk rasa yang lebih sedap . Boleh di minum pada sebelah pagi dan juga malam . Buat selalu . Insya - Allah perut akan kempis
Minum air limau + madu sebelum masuk tidur setiap malam .
bersenam kardio selama 30 minit setiap hari secara konsisten dan kemudian disambung dengan senaman angkatan beban selama 15 minit . Kalau korang komitmen dengan ini , insya Allah selepas sebulan , six pack lah jadinya .

Kalau korang rajin buat segala yang ada di atas , insya Allah ada hasilnya . Kalau korang sibuk , ambillah masa cuti untuk berjoging / berjalan laju untuk bakar lemak .

Antara produk shaklee yg disarankan utk membantu kempiskan semula perut ialah omega + lecithin + herblax....cuba consistan utk sebulan...dan lihatlah hasilnye...

SELAMAT MENCUBA .......:-)





#Jomsihat
#supervisorazie0194364480

Sunday, September 28, 2014

[ UBAT KURUS, UBAT GEMUK! ]






Satu hidangan bancuhan Cinch Shake Shaklee membekalkan kepada kita 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral serta 6 gram serat.

Satu hidangan tu dah cukup lengkap untuk buat saya berasa kenyang dan perut rasa penuh.

Tak perlu dah nak makan makanan-makanan lain yang lebih tinggi nilai kalorinya. Dah tak perlu nak kunyah-kunyah di waktu senggang. Bila dah kenyang, jadi nafsu makan yang meluap-luap tu pun dapat dikurangkan.

Bestkan?

Sebab tu Cinch Shake sangat-sangat sesuai untuk dijadikan sebagai replacement meal anda...

Tapi AWAS! Cinch Shake juga digunakan utk org kurus yg nak gemuk! Cara makannya?? Hihi...tentulah berbeza kan banding dgn org yg nak kurus!
.
.
.
Saya suka cinch coklat!

#Jomsihat
#supervisorazie0194364480

[ ANAK DAH MULA MAKAN! ]






Selepas ANAK ANDA mengambil MealShakes setiap hari ===>>

SELERA MAKAN si manja kesayangan anda PASTI MENINGKAT !!!

anak anda pasti tersenyum sebab dah takde sembelit

Eczema semakin PULIH

Badan semakin berisi, xde la kurus kering sebab dah ada selera makan & mealshake penuh dgn khasiat.

Anak anda semakin bertenaga, daya tumpuan tinggi, so nak belajar pun mudah. DAH TENTU keputusan peperiksaan pun semakin meningkat. WOWWW!!! Bangganya kannnn....

Dah jarang DEMAM, SELSEMA, SAKIT!

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Saya tau anda IBUBAPA yang BIJAK, semestinya nak yang TERBAIK UNTUK SI MANJA ANDA...

[ NAK TAU APA KHASIATNYA MEALSHAKES NI? ]

Nutrisi lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.

Membekal nutrisi kepada sel tubuh - kaya dgn protein (tdk mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium & magnesium yang diperlulkan utk membina tulang & sel-sel utk membesar.

Antioksida - mengandungi Vitamin A, C, E, dan selenium yg merupakan agen antioksida yg bertindak melawan jangkitan dan menentang radikal bebas

Menaikkan seri wajah - Mengandungi Vitamin B yg lengkap, zat besi dan copper yg cukup utk membina sel darah merah dan membuatkan kulit lebih sihat dan cantik

Detoksifikasi/lawas - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

LAZAT - mengandungi fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral & tenaga. Tidak mengandungi pewarna & gula tiruan.

===>>> MealShakes boleh diambil oleh semua golongan berumur dari 1 tahun dan ke atas..

1 canister MealShakes Shaklee mengandungi 544g

Harga runcit: RM113.75

SEPTEMBER OFFER BUY 3 FREE 1!
SUPER JIMAT!
Dapatkan mealshake anda sekarang!

#Jomsihat
#SupervisorAzie0194364480

[ Berdiri saja dari bangun tido, akan keluar darah! ]





PANAZZZZ.....PANAZZZZ....
CYST HILANG LAGI LEPAS 3 BULAN! HISH!!



"masa akak ada cyst tu, setiap pagi akan bleeding. Walaupun bkn dlm tempoh period. Tp pagi saja. Ptg, mlm takde. Berdiri saja dari bangun tido, akan keluar darah. Rasa macam sakit perut senggugut tu. Akak ada buat pap smear n tiada kanser tp mengidap cyst di sblah kanan ovari.

Selalu suami tegur. Skjp solat, skjp tidak..akak mengidap cyst kerana lbh 10 thn tak bersalin dan akak blum menoupause "  ~ kak lin





Nie semua angkara Gla Complex!

.
.
.
Yang berusaha kita...yg maha penyembuh HANYA Allah!

Alhamdulillah kak xxx telah selamat jadi anak shaklee saya! :-)

#Jomsihat
#supervisorazie0194364480

[ JUST DO IT NO MATTER WHAT ]



Hujan membasahi bumi Penang pagi nie....sejukkk je walaupun dah tengahari....:-)

Apa2 pun keja mesti diteruskan untuk mencari sesuap nasi! ;-)

Buat je....Insyaallah rezeki datang dalam pelbagai cara....tanpa kita duga....

Ada yang dah lama ambil Shaklee tapi blum daftar ahli?? :-)

#Jomsihat
#SupervisorAzie0194364480

Saturday, September 20, 2014

[Anak-anak Syurga]


Siapa kat sini yang beri vitamin tambahan untuk anak2?? :-)

 Alhamdulillah Allah bagi saya 4 anak syurga penyambung zuriat....

Anak2 syurga nie berbeza karektornya....apabila sel2 otak diorang mula berhubung maka akan haru-birulah rumah....hihihi..

Kalau nak difikirkan penat...memang penat tapi inilah yang mewarna-warnikan diari hidup saya....bak kata seorang Master tu...kalau rumah tak sepah...itu bukan rumah family...itu muzium!

HAH!! betul juga kan?? cer tengok muzium tu....bersih je...tenang je...sunyi je...sanggup ke nak rumah sunyi??

Masa kanak2-kanak nie la diorang main puas2 sebagai kanak2....zaman kanak2 hanya sekali...cer ingat balik masa kita kanak2....emmm buas ya rabbi....saya dulu suka kuar naik basikal ngan kawan2....tah mana2 sampainye....hihi....seronok kan bila teringat balik zaman kanak2.....

Sebelum nie anak2 saya nie, saya akan hantar ke taska dan tadika hari saya kerja....bila kat taska dan tadika nie faham2 je la kan....bila sorang demam, selsema....mudah sangat berjangkit...bole dikatakan 2 bulan sekali mesti ada anak saya yang demam, selsema, batuk.....

Bermula pada tulah saya mula bagi makanan tambahan omega utk anak2 saya.....yang bagusnya diorang kunyah omega tu mcm mkn gula2...huhu....saya pulak yang tak tahan bau ikan....huhuhu.....

Tapi masa umur diorang nielah diorang susah sgt nak makan....susah nak makan sayur...susah nak makan lauk....yg diorang suka...nasi yg ada perisa....nasi lemak,nasi tomato, nasi beriani, nasi ayam....dah tu makan nasi dgn kuah je...lauk langsung taknak sentuh....huhu...mane nak dtg protein dan vitamin kan kalau just makan nasi ngan kuah je.....cemane nak besar?? 




Sebab tu saya ambil inisiatif cuba bagi mealshake utk diorang....tp x ikut la sukatan dewasa.....ikut dos kanak2....memang ambil masa skit utk diorang mula2 tu....

tp sekarang dah ok....dah mula makan macam2....dah mula bgtau nak makan subway....nak makan cheese nan....nak makan burger bakor.....hah....perubahan yang positif kan? :-)

untuk ibu2 yang ada masalah mcm saya....bole cuba mealshake dan omega ye!

Bulan nie mealshake ade promo....1 canister tak sampai rm100! tahan 3-4 bulan....nak cuba bgtau saya k....:-)





Friday, September 19, 2014

[TONIK AJAIB]






Ajaib keee?

Pada saya ajaib juga le bila tengok perkongsian pengguna2 vivix nie....duit bole cari kan? Kesihatan hanya sekali....klau dah terlantar sakit...mesti kita sedihkan....

Kalau saya mmg saya sedih...dah la kita terlantar sakit....org nak kena jaga kita pula...menyusahkan org sekeliling kita....lbh baik Allah ambil kembali kita tanpa kita menyusahkan org lain.....ini antara doa2 yg saya titipkan setiap hari kepadaNya...walau apapun semuanya dah tersurat dan tersirat kan....

Berbalik kepada Jus Ajaib ini...saya sangat menggalakkan utk mereka yg ingin mencari rawatan alternatif selain dari rawatan hospital....ikhtiar yg sangat2 dicadangkan ialah utk pesakit diabetes...kenapa?? Jom sama2 kita renungkan....

Q: BAGAIMANA VIVIX DAN RESVERATROL BERFUNGSI SEBAGAI PENAWAR DIABETES?

Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.
Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.

Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.

Q : WAKTU SESUAI UNTUK AMBIL VIVIX?

A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum. 1 botol Vivix tahan untuk pengambilan selama 1-1.5 bulan.

Q : BOLEH KE AMBIL VIVIX LEBIH 1 SUDU TEH SEHARI?

A : Menurut kajian terbaru, tidak kelihatan apa-apa faedah tambahan dari mengambil lebih daripada hidangan yang dicadangkan iaitu satu sudu teh setiap hari.

Q : ADAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA DENGAN VIVIX?

A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.

Q : PERLU KE SIMPAN VIVIX DALAM PETI SEJUK?

Penyimpanan dalam peti sejuk selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.

Ingin dapatkan vivix anda sekarang?

#Jomsihat
#supervisorazie0194364480

[VITAMIN C]



Rata2 semua kita tahu vitamin C kan?

Bila dengar vitamin C mesti kita bayangkan utk kulit...utk antibodi...tapi tahukah anda vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka..

Penting sangat ke vitamin C nie utk kita? Secara semulajadinya vitamin C kita bole dapat dari buah-buahan sitrus seperti oren.

Bagi saya penting! Klau tidak takkan ade org sanggup gi cucuk vitamin C kat muka kan?

Bg yg tidak mempunyai budget besar mcm saya..hihi...bole cuba vita c sustained release nie....

1 botol ada 180 biji! Utk kegunaan 6 bulan.

Harganya?? X sampai rm100 pun...

Effect ambil vita c nie utk saya...alhamdulillah dah masuk bulan september saya blum lg kena selsema..:-)




Ingin dapatkan Vita C Sustained release anda???

#Jomsihat
#supervisorazie0194364480

[4 BAHAYA DILAKUKAN SELEPAS MAKAN]


Alhamdulillah....Kenyang sudah dgn rezeki tengahari Jumaat nie....:-)

Terjumpa poster nie...jom saya sharekan infonya...apa yg tidak sepatutnya kita buat selepas makan....

1. Jangan tido mcm baby.
Bagi ler peluang makanan tu nak bergerak ke perut
utk diproses.

2. Jangan mandi lepas makan.
Ada org suka mkn dulu sblum mandi..kononnya senang nak membuang lepas makan...tp sebenarnya kita melambatkan cik perut kita utk cernakan makanan yg dah kita mkn tadi.

3. Jgn minum teh.

Hah! Nie mmg ramai yg suka kan!
Klau mkn kat luar mesti order teh o ais! Betul??

Sebenarnya anda telah memotong 50% zat2 yg anda sepatutnya dpt dr makanan tadi..hilang gi mana zat tu?? Kafein yg ada dlm teh tadi akan mengurangkan penyerapan zat2 protein dan mineral yg kita mkn tadi....rugi kan??? Oleh itu tukar teh o ais anda kepada jus buah ok! :-)

4. Jangan berjalan.
Bagilah peluang perut dan usus kita mencerna makanan yg baru kita makan tadi....duduk berehat sebentar sambil menonton tv ok!

#Jomsihat


Thursday, September 18, 2014

[DETOX]



Seksa kan bg yg tak biasa nak habiskan 2 liter air sehari!

Jom cuba cara ini....hanya tambahkan hirisan lemon/limau ke dalam air kosong dan sejukkan dalam peti sejuk....

Dan cuba habiskan minum dalam masa 1 hari!

Selain memenuhi jumlah air dalam badan 'jus' ini juga dapat mencuci usus kita...detox semulajadi yg selamat.....selamat mencuba! ;-)

#Jomsihat
#supervisorazie0194364480

[BIZ ONLINE]


Saya terjumpa!

patut la sampai sekarang masih ade yg hubungi saya utk beli doorgift....hebatnya kuasa laman sosial.....walaupun saya dah delete blog saya...tp masih ada rupanya 'kedai' saya di forum wanitamelayu.....

Inilah biz online PERTAMA saya....:-)

Masa nie saya mengajar di padang besar....saya x simpan stok....modal zero.....bila ade org order baru saya gi ambil stok...balik sekolah terus singgah ambil barang.....balik rumah packing...esoknya pos...customer sampai ke Brunei dan Singapore ..bila ingat2 balik, saya hanya mampu tersenyum puas....

tuan kedai yang sangat baik hati...bagi saya pinjamkan barang2 utk saya snap gambar....Tapi sekarang kedai tu pun dah tak jual doorgift lagi....

Dah lama saya tak berBLOG....skill abis ilang....
sedang menghubungkan sel2 otak utk study balik nak berblog....

Ya Allah mudahkan urusan saya utk buat blog Shaklee hari nie.....:-)

#Kenanganterindah

Wednesday, September 17, 2014

Believe In Yourself

Alhamdulillahhh syukurrr.......:-)

Berjaya juga mencipta BLOG Shaklee saya!!

I can do It!

Dah hampir 8 tahun saya tinggalkan dunia blogging....skrang macam baby sedang bertatih nak berblog semula....hihi....ape2 Allah mudahkan urusan saya hari nie....ok, nak gie 'dating' dgn Alllah jap...jap lagi saya sambung berblogging ye....:-)